Solat (bahasa Arab: صلاة; pl. ṣalawāt) merujuk
kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan
solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal
sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun
Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan
ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya
dengan niat qada.Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan
menqasar dan menjamakkannya.
No comments:
Post a Comment