Tuesday, 29 April 2014

[Video Youtube] Tutorial Mengenai Solat Ketika Sakit (Bahagian 3)


[Video Youtube] Tutorial Mengenai Solat Ketika Sakit (Bahagian 2)


[Video Youtube] Tutorial Mengenai Solat Ketika Sakit (Bahagian 1)


Cara Menunaikan Solat Ketika Sakit

1.  SOLAT SAMBIL DUDUK

•    Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
•    Mengadap kiblat.
•    Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
•    Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
•    Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
•    Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING 

•    Mengiring di atas rusuk kanan.
•    Muka dan dada mengadap kiblat.
•    Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
 •    Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.     

3. SOLAT BARING MELENTANG   
•    Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
•    Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
•    Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
•    Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
•    Tangan diangkat sepertipt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA 

•    Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
•    Kaki menghala ke arah kiblat.
•    Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI 

 •    Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.

Pengenalan : Solat Ketika Sakit/Keuzuran

              Sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh ialah hendaklah menunaikan solat walau di mana sahaja kita berada dan walau kita berada dalam keadaan sakit sekali pun. Namun, Islam agama fitrah yang realistik tidaklah membebankan sesuatu ibadah yang manusia tidak mampu melakukannya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya”.

            Namun sesuatu yang amat mendukacitakan ialah tidak ramai orang yang sakit menunaikan solat. Sekiranya dilakukan ‘ziarah’ ke hospital untuk melawat orang sakit, maka akan didapati hanya beberapa orang sahaja yang menunaikan solat di katil tempat perbaringannya, sementara ramai yang lain seolahnya tidak menyedari langsung tentang kewajipan menunaikan solat. Alasannya mudah sahaja...bagaimana hendak melakukan solat sedangkan berada dalam keadaan sakit!. Begitu juga orang yang menziarahi pesakit, amat jarang memberi ingatan kepada pesakit untuk menunaikan solat apabila tiba waktu solat, sebaliknya hanya membawa makanan atau buah-buahan untuk diberikan kepada pesakit, sedangkan dia sendiri memahami bahawa orang sakit tidak punya selera makan macam orang sihat!.
     
      Persoalannya, mengapakah solat tetap diwajibkan walaupun seseorang itu berada dalam kesakitan? Sebenarnya, ia jelas menunjukkan bahawa solat merupakan asas utama ibadah di dalam Islam. Hubungan dengan Allah tetap diteruskan walau kita berada dalam keadaan apa sekalipun, dan sesuatu yang lebih penting ialah kita sebagai hamba Allah amat mengharapkan pertolongan Allah dalam setiap ketika dan waktu, oleh itu kita berkewajipan mengingati Allah dengan menunaikan perintahNya.

Namun, Islam sebagai agama fitrah memberikan rukhsah kepada penganutnya dalam melaksanakan ibadah. Orang yang sakit diberikan kemudahan di dalam ajaran Islam untuk menunaikan solat mengikut keupayaannya. Ajaran Islam tidak memaksa orang yang sakit berdiri untuk menunaikan solat sekiranya pesakit itu tidak mampu untuk berdiri. Akan tetapi solat hendaklah diklakukan menurut kemampuan dan keupayaannya yang tersendiri. Sahabat nabi iaitu ‘Imran bin Husain r.a telah bertanya kepada nabi tentang bagaimana beliau hendak melakukan solat dalam keadaan beliau mempunyai penyakit buasir, lalu nabi Muhammad saw menjelaskan kepada beliau: “Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Antara hikmah diberikan rukhsah solat ketika sakit adalah untuk membuktikan bahawa Islam agama yang mudah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud: “...Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menghadapi kesukaran...”. Selain itu, rukhsah dalam solat juga menunjukkan betapa kasih sayang Allah pada hambaNya. Justeru, sebenarnya tidak ada sebarang alasan untuk tidak menunaikan solat kerana kita dapat melaksanakannya mengikut kemampuan dalam sebarang keadaan.

 (Sumber : http://www.ustazshauqi.com/2008/06/kaedah-menunaikan-solat-ketika-sakit.html)

Dalil-dalil KEWAJIBAN Mendirikan Solat bagi Umat Islam



Antara dalil-dalil yang berkaitan kewajipan solat adalah seperti berikut:

1) "Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk" (al-Baqarah:43)

2) "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (al-Ankabut:45)

3) "Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman, dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa. Seseungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (an-Nisa':103)

Sebagai seorang yang mengaku Islam, hendaklah kita mempelajari dan memahami tentang apa itu solat dan cara-cara mengerjakannya. Solat ini adalah berkait rapat dengan ibadah-ibadah yang lain dan solat yang sebenar-benar solat akan mencegah kita daripada melakukan amalan-amalan yang keji dan mungkar.

Apa itu Solat?



­­­­­­­­Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.