Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
Maksud Ilmu Fiqh?
Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; “Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat ‘amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci”. Para ulamak membahagikan hukum-hakam Syarak kepada tiga iaitu:
1. Hukum-Hakam I’tiqad.
2. Hukum-Hakam ‘Amali'.
3. Hukum-Hakam Akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu Hukum-Hakam Amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang Hukum-Hakam I’tiqad, dan juga tidak menyentuh tentang akhlak.
2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) dan Sunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.